Percutian malam terkini, penuh keceriaan,anak-anak beriadah dan bersantai bersama keluarga, Lihat sendiri keindahan malam di I City, Taman bermandi cahaya lampu, berwarna warni, berbagai bentuk berkerlipan, bazaar digital menjual berbagai jenis lampu lazer, replika haiwan terbesar, alami suasana Taman salji hanya di I City Shah Alam.

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari AlHawiHomestay.com. Kami mengalu-alukan kedatangan pengunjung2 ke Homestay kami yang bersebelahan Pasaraya Giant, I city Shah Alam dan pintu masuk UITM seksyen 7

Homestay kami telah beroperasi hampir 3 tahun dan telah menerima hampir 100 tetamu

Kelebihan Al-Hawi Homestay :
  • Lokasi di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam.
  • Berdekatan dengan pintu masuk seksyen 7 UiTM Shah Alam dan sesuai untuk disewa sewaktu majlis konvo dan pendaftaran kemasukkan ke UiTM.
  • Bersebelahan dengan i-City dimana anda sekeluarga dapat menikmati keindahan Taman digital bercahaya lampu LED berwarna-warni pada waktu malam.
  • Homestay kami berperabot lengkap, kami sediakan 2 bilik tidur yang berhawa dingin, 1 bilik tidur berkipas, 2 bilik mandi air panas, set sofa, meja makan, television 21 inci siaran Astro, peti sejuk, mesin basuh automatik dapur memasak, periuk nasi, jug air panas, dan peralatan pinggan mangkuk
  • Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan sesuai untuk anda yang mempunyai bajet yang rendah.
  • Sesuai untuk ditempah untuk rombongan perkahwinan, keluarga ramai dan pelancong yang datang ke Shah Alam.
  • Berhampiran dengan lokasi-lokasi menarik di sekitar Shah Alam yang boleh anda lawati nanti.