Snow Walk I City


Alami keseronokan menggelongsori keputihan dan kedinginan salji. Dilengkapi dengan kilauan lampu LED serta 100 ukiran ais yang diukir khas dari negara Cina. Pasti sangat sesuai untuk kanak-kanak beriadah
Suhu serendah -5 C salji tiruan yang turun menyelubungi snowwalk ini di katakan hampir 90% menyamai salji semula jadi. Ia mempunyai struktur yang lebih ringan, halus dan lembut serta bakal mencetuskan pengalaman baru buat pengunjung

Tiket masuk ke Taman tema Snowwalk adalah RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan termasuk baju sejuk,  kasut pula boleh disewa dengan bayaran RM10
Snowwalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi pada hari Isnin – Jumaat,
manakala pada jam 10 pagi – 2 pagi pada hari sabtu, ahad dan cuti umum ( Negeri Selangor )
Untuk aktiviti dan acara2 terkini di I-City Shah Alam layari laman web   www.i-city.com